Assalamualaikum n good night ya akhi wa ya ukhti..
apa
khabar semua?? Fiezah berharap semuanya dalam keadaan sihat. if u are feeling under weather, go to nearest clinic or hospital immediately,ok??
Today, fiezah nak
share something bout ‘aurat’.. ok.. actually, nie bahan untuk perjumpaan usrah
kali kedua dengan ahli-ahli usrah
fiezah.. so, apa salah nya kalau fiezah nak share dengan korang sekali kan? At least
dapat juga ilmu.. Ye dak?
sebelum ini, kita selalu sebut pasal aurat2.. fiezah pun tau, semua dah hafal dan
tahu sangat had2 aurat bagi lelaki n perempuan, kan? tapi kita tau ke apa yang dimaksudkan dengan
aurat tu.. baik lah.. sebelum itu, siapa tahu apa maksud aurat??
Ok.. aurat adalah ‘kullu maa yastahyii minhu yasuu’u shahibahu
in yura minhu.. yang membawa maksud setiap yang menyebabkan malu, dan membawa
aib bagi pemiliknya jika terlihat.
Hah!! Jadi sekarang semua dah tau kan apa yang dimaksudkan
dengan aurat? Erm.. semua tahu kan had aurat lelaki dari pusat hingga ke
lutut.. manakala had aurat perempuan seluruh anggota badan kecuali muka dan
telapak tangan (habis tu, belakang telapak tangan?)
Fiezah tahu semua orang tahu perkara ini.. tapi berapa
ramaikah yang sedar tentang perkara ini.. ustaz pahrol pernah cakap bahawa, ‘orang yang tahu dia
tidak sedar, tapi orang sedar dia
tahu..’ yang fiezah nak kaitkan di sini ialah ramai di antara kita yang tahu
akan had2 aurat perempuan dan lelaki.. tapi berapa ramai yang sedar akan
perkara ini iaitu dengan melaksanakannya?? Ok.. di sini saya(sejak bila
gelar diri saya2 ni? Bhahaha.. agak skema di sini yer -,-) menyarankan kalau
boleh, tangan tu, pakailah handsock sebab kadang2 kalau kita angkat tangan ker
apa ker, lengan baju tu,dia akan turun, so, nampak lah lengan kita yang cun
melecun tu kan.. :3 lagi satu, kaki tu..
nilah yang ramai sangat orang x sedar akan perkara ni.. sedarkah korang bahawa
kaki itu juga adalah aurat bagi wanita?? Jadi fikir-fikirkan lah.
Seterusnya, khimar, hijab dan juga jilbab adalah perkara yang
mempunyai kaitan dengan aurat.. tanpa khimar dan jilbab, kita tidak akan dapat
menutup aurat dengan sempurna..
Apa yang dimaksudkan dengan khimar? Siapa sebelum ini pernah
dengar perkataan ‘khimar’? mungkin ada sesetengah yang baru pertama kali dengar
dan mungkin ada yang pernah dengar tapi x tahu apa maksudnya.. khimar
adalah penutup kepala dan lebih dikenali
sebagai tudung kepala..
“dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka selain
yang biasa nampak(ma zoharu minha)”
Maksud yang biasa nampak ini, bukanlah bermakna rambut..
mungkin ada sesetengah dari kita, menafikan yang rambut ini biasa kita nampak. Tapi
hakikatnya bukan.. yang dimaksudkan dengan ‘yang biasa nampak’ ialah muka dan
telapak tangan.. BUKANNYA RAMBUT!! Rambut itu adalah perhiasan wanita. Dan bukan
untuk dilihat oleh lelaki ajnabi (yang boleh dikahwini), ye kawan-kawan.
Jilbab pula disebutkan dalam surah al-ahzab ayat 59. Jilbab bermaksud
baju labuh dan longga dan menjalur ke bawah seperti jubbah,baju kurung ataupun
mana-mana baju lain yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Islam.
Kenapa dekat Malaysia, orang perempuan digalakkan memakai
khimar yang labuh?? Sebab, dekat Malaysia ni, hampir kesemua jilbab nipis,
jarang dan nampak bentuk badan.. (korang pun perasan kan? tudung pun sekarang dah nipis. terpaksa pakai inner dalam.. inikah dunia akhir zaman?) sebab itulah Islam menganjurkan wanita Islam
untuk memakai tudung yang labuh
menutupi dada. Selain dari dapat menutup
aurat, Pakai tudung labuh juga dapat menjamin keselamatan.. telah terbukti pada diri USTAZAH FATIMAH SYARHA. Baca sini!
Mungkin ada yang menafikan, ‘kenapa wanita arab boleh pakai
khimar(tudung) pendek? Kenapa wanita Malaysia
x boleh?’
Erm.. cuba korang tengok jilbab wanita arab.. jilbab mereka
nipis ke? Jarang ke? Nampak bentuk badan mereka ke? Jawapan kesemua soalan tadi
adalah ‘TIDAK’. Mereka pakai jilbab yang sangat tebal, x jarang, x nampak
bentuk badan.. So, kalau dia orang pakai tudung pendek n singkat pun x apa.
sebab semua tu dah memenuhi kehendak menutup aurat.
ok.. i think that's all yang nak di share malam nie.. Fiezah buat semua ni bukan apa, nak ingat kan korang jew..
sekali gus ingatkan fiezah sekali.. kita nie kadang2 orang nya pelupa. Kalau buat macam nie, at
least, kita dapat ingat balik apa yang kita lupa tu.. ye dak??
ok.. guys.. i want out.. GOOD LUCK to all brother2 and sisters yang akan menduduki SPM x lama lagi.. kami dah merdeka :3
JAGA DIRI,
JAGA KESIHATAN,
JAGA AURAT,
JAGA IMAN..
fiezah sayang anda semua. jom kita masuk syurga sama-sama :')
ASSALAMUALAIKUM..














