Pages

Rainbow Arch Over Clouds

mujahid/mujahidah yang berjaya

apa itu aurat, khimar dan jilbab?

Assalamualaikum n good night ya akhi wa ya ukhti.. 

apa khabar semua?? Fiezah berharap semuanya dalam keadaan sihat. if u are feeling under weather, go to nearest clinic or hospital immediately,ok??

 Today, fiezah nak share something bout ‘aurat’.. ok.. actually, nie bahan untuk perjumpaan usrah kali  kedua dengan ahli-ahli usrah fiezah.. so, apa salah nya kalau fiezah nak share dengan korang sekali kan? At least dapat juga  ilmu.. Ye dak?

sebelum ini, kita selalu sebut pasal  aurat2.. fiezah pun tau, semua dah hafal dan tahu sangat had2 aurat bagi lelaki n perempuan, kan? tapi kita tau ke apa yang dimaksudkan dengan aurat tu.. baik lah.. sebelum itu, siapa tahu apa maksud aurat??

Ok.. aurat adalah ‘kullu maa yastahyii minhu yasuu’u shahibahu in yura minhu.. yang membawa maksud setiap yang menyebabkan malu, dan membawa aib bagi pemiliknya jika terlihat.

Hah!! Jadi sekarang semua dah tau kan apa yang dimaksudkan dengan aurat? Erm.. semua tahu kan had aurat lelaki dari pusat hingga ke lutut.. manakala had aurat perempuan seluruh anggota badan kecuali muka dan telapak tangan (habis tu, belakang telapak tangan?)

Fiezah tahu semua orang tahu perkara ini.. tapi berapa ramaikah yang sedar tentang perkara ini.. ustaz pahrol  pernah cakap bahawa, ‘orang yang tahu dia tidak sedar, tapi orang sedar  dia tahu..’ yang fiezah nak kaitkan di sini ialah ramai di antara kita yang tahu akan had2 aurat perempuan dan lelaki.. tapi berapa ramai yang  sedar akan  perkara ini iaitu dengan melaksanakannya?? Ok.. di sini saya(sejak bila gelar diri saya2 ni? Bhahaha.. agak skema di sini yer -,-) menyarankan kalau boleh, tangan tu, pakailah handsock sebab kadang2 kalau kita angkat tangan ker apa ker, lengan baju tu,dia akan turun, so, nampak lah lengan kita yang cun melecun tu kan.. :3  lagi satu, kaki tu.. nilah yang ramai sangat orang x sedar akan perkara ni.. sedarkah korang bahawa kaki itu juga adalah aurat bagi wanita?? Jadi fikir-fikirkan lah.

Seterusnya, khimar, hijab dan juga jilbab adalah perkara yang mempunyai kaitan dengan aurat.. tanpa khimar dan jilbab, kita tidak akan dapat menutup aurat dengan sempurna..

Apa yang dimaksudkan dengan khimar? Siapa sebelum ini pernah dengar perkataan ‘khimar’? mungkin ada sesetengah yang baru pertama kali dengar dan mungkin ada yang pernah dengar tapi x tahu apa maksudnya.. khimar adalah  penutup kepala dan lebih dikenali sebagai tudung kepala..

“dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka selain yang biasa nampak(ma zoharu minha)”

Maksud yang biasa nampak ini, bukanlah bermakna rambut.. mungkin ada sesetengah dari kita, menafikan yang rambut ini biasa kita nampak. Tapi hakikatnya bukan.. yang dimaksudkan dengan ‘yang biasa nampak’ ialah muka dan telapak tangan.. BUKANNYA RAMBUT!! Rambut itu adalah perhiasan wanita. Dan bukan untuk dilihat oleh lelaki ajnabi (yang boleh dikahwini), ye kawan-kawan.

Jilbab pula disebutkan dalam surah al-ahzab ayat 59. Jilbab bermaksud baju labuh dan longga dan menjalur ke bawah seperti jubbah,baju kurung ataupun mana-mana baju lain yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Islam.

Kenapa dekat Malaysia, orang perempuan digalakkan memakai khimar yang labuh?? Sebab, dekat Malaysia ni, hampir kesemua jilbab nipis, jarang dan nampak bentuk badan.. (korang pun perasan kan? tudung pun sekarang dah nipis. terpaksa pakai inner dalam.. inikah dunia akhir zaman?) sebab itulah Islam menganjurkan wanita Islam untuk memakai  tudung yang labuh menutupi  dada. Selain dari dapat menutup aurat, Pakai tudung labuh juga dapat menjamin keselamatan.. telah terbukti pada diri USTAZAH FATIMAH SYARHA. Baca sini!

Mungkin ada yang menafikan, ‘kenapa wanita arab boleh pakai khimar(tudung) pendek? Kenapa  wanita Malaysia x boleh?’

Erm.. cuba korang tengok jilbab wanita arab.. jilbab mereka nipis ke? Jarang ke? Nampak bentuk badan mereka ke? Jawapan kesemua soalan tadi adalah ‘TIDAK’. Mereka pakai jilbab yang sangat tebal, x jarang, x nampak bentuk badan.. So, kalau dia orang pakai tudung pendek n singkat pun x apa. sebab semua tu dah memenuhi kehendak menutup aurat. 

ok.. i think that's all yang nak di share malam nie.. Fiezah buat semua ni bukan apa, nak ingat kan korang jew.. sekali gus ingatkan fiezah sekali.. kita nie kadang2  orang nya pelupa. Kalau buat macam nie, at least, kita dapat ingat balik apa yang kita lupa tu.. ye dak?? 

ok.. guys.. i want out.. GOOD LUCK to all brother2 and sisters yang akan menduduki SPM x lama lagi.. kami dah merdeka :3

JAGA DIRI, 
JAGA KESIHATAN,
JAGA AURAT,
JAGA IMAN..

fiezah sayang anda semua. jom kita masuk syurga sama-sama :')

No comments: