Pages

Rainbow Arch Over Clouds

mujahid/mujahidah yang berjaya

journey of life (JOL)

assalamualaikum and very good evening.... how are u guys? ok.. hari ni fiezah nak share sikit cerita pasal JOL.. JOL? APAKAH itu? JOL is Journey Of Life.. since fiezah masuk MRSM, alhamdulillah.. banyak sangat aktiviti yang best.. JOL is one of the activity for form 5 students yang terpilih je tau.. bukan mudah untuk compete dengan 196 orang.. ceyh.. padahal cikgu amir yang pilih.. our counsellor sangat close.. then, banyak gler aktiviti from counsellor unit.. ok.. start the story..

We started the journey dalam pukul 6 gitu kot.. then, stop kejap dekat petronas untuk solat subuh. Teruskan perjalanan. Then, singgah breakfast.. ow. Baru teringat time JOL ni, fiezah puasa 6.. hahha.. dah nak last raya time tu. Memang cukup2 je kot time tu. Pastu, terpaksa cheq belapaq ketika bermusafir.. tapi Alhamdulillah.. larat lagi nak jalan. Mampu lagi untuk bertapak. Masih hidup lagi ni hah.. huhu. So, time tu memang cheq sorang je yang berpuasa. Pastu, orang lain semua pi breakfast, fiezah sorang duduk dalam bas, tido.. haha.. mula2 takut jugak.. kot2 benda lain yang jadi.. tapi kuatkan semangat.. fikir positif.

Teruskan perjalanan to UNITEN. Dalam pukul 10 something kot, kitaorang sampai. Then, terus masuk dewan. Taklimat sat. pastu, kuiz bagai. 



Then, pi UNITEN SMART GRID LAB. Prof siapa ntah. X ingat. Tapi beliau ceritakan pasal elektrik waste kot time tu. Then, diaorang ada buat cara nak jimat elektrik something gitu. Canggih lah. Amazing. Awesome. Hah apa lagi? Fantastic. Ok dah. 



hoy.. tony.. buat apa tu?


Then, diaorang sediakan makanan. Fine :3 si Tony dah dok asut2 cheq..” ala.. miratul makan je ar.. sedap. Tadi aku pun puasa. Pastu dah buka dah.” Then, dia bodek2 suruh cheq makan juga.. fiezah lek je. Alahai korang ni. Lek ar. 


Then, proceed to GMI dekat Bangi..  omaijee.. best hoy!! Besak gler.. 


firstly, macam biasalah. Taklimat. 


eh? mummy dengan cikgu amir buat apa tu?



Then, pi jalan2 around GMI. Best ok? Siapa minat gler kat engineering, Im very suggest kat uolls, masuk GMI ok? 








Dah round, kami disajikan dengan makanan.. not kami, mereka.. I x makan, ok? Hahah. Then, solat dekat surau asrama mereka. Siyes best.. then, nak check in.

Eh? Tiba2 lalu ioi city mall. Em.. singgah sini rupanya.. apa lagi? Cuci mata sat.. hahah.. pastu, masing2 dah berterabur. Then, fiezah and izzah.. berdua je. She is very kind person. Dia lah yang ajak ke hulur ke hilir. Biasalah. Dia orang kl kan? Taulah selok belok sini. Mau sesat I kat situ kang kalau jalan sorang2. Dah lah besaq. Yang lain2 dah pi ice skate. Kitaorang pi cari kedai makan nak buka puasa. Haha. Last2, kat secret recipe jugak kami bertapa tu pun lepas izzah dok pujuk cheq. Kalau x memang fiezah x pi lah. Sebab fiezah memang dah ready makanan dalam beg. Roti je kot. Ok lah kan?

Then, kumpul kat bas. Terus pi INTEKMA RESORT. So, kitaorang amik apartment. Senang. Duduk ramai2. Perempuan 2 apartment. Lelaki, 1 apartment. Cikgu amir and cikgu shah and driver bas 1 apartment. Mummy 1 bilik. Hah ambik kau! Macam apartment kitaorang ok lah kot. Bilik air 2. Bilik 3. Ruang tamu besaq gedabak. Ada kitchen. Tapi x ada lah tempat masak bagai. Stay dekat situ 2 malam. Dalam apartment yang fiezah 7 orang. Memang syok ah. Actually ada 10 orang. Tapi, 1 balik rumah.. izzah lah tu. Rumah dekat. Then, 2 orang lagi tidur dengan mummy. So tinggal 7 orang. Pastu, apartment yang lagi 1 tu dah macam sardine dah. Ramai. Hahah. Then, apartment fiezah depan apartment cikgu amir. Memang syok ah. Apa2 terus ketuk pintu. Huhu. Penah ah. Sekali. Sebab ajak pi ict. Pastu, cikgu pun update kat kitaorang. Then, kitaorang update kat dyeorang. Kelaka gler.

Second day.
Breakfast. Hari tu fiezah x puasa. Dah kira. Memang cukup2 je cheq puasa 6. memang bantai semua. xde nak diet2 bagai ok? try semua yang ada. pulak2 kitaorang turun awal. haha.

time tu, cikgu habaq kat kitaorang, turun breakfast sebelum 8. kitaorang turun, semua belum. kecuali... budak lelaki. diaorang kalau bab makanan memang. weoll dah siap first round, cikgu amir and cikgu shah baru turun. haha. apalagi. second round. pastu dah makan hampir semua jenis menu, baru mummy turun. yang weolls yang turun awal ni dah bosan..

then, weolls pi aviation.. tempat ni dekat tingkat 2. so, siapa nak pi berbaloi lah jugak. u guyss will get new experience.. 

macam biasa. taklimat. then, kitaorang dibagi kumpulan and setiap orang dapat tag kumpulan. untuk mudahkan pergerakan kitalah. sebab weolls ada 3 slots. memang 1 hari duduk bertapa kat sini. dari pagi sampai petang.



2 orang tu memang pilot betul. tapi x belum bawa kapal terbang biasa kot. just bawa yang kecil dulu. kot lah.

try bawa aeroplane. syok hoy.

belajar aerodinamic


last but not least. petang dah.
balik resort. then, bila cikgu amir and mummy kata, malam tu kitaorang x keluar, semua hangin.. bosan kot.. xkan nak bertapa kat apartment je. pastu, pujuk punya pujuk.. last2, cikgu shah kata ok.. ahha.. actually, malam tu, mummy and cikgu amir keluar ada reunion dengan batch pioneer. so, cikgu shah je yang jaga kitaorang.. hahah.

hah. nampaklah korang tangan dia tu. hahah. 

jeng... jeng.. I-CITY..


hai nyet..kita date malam ni ea? alololo.. cis, tony control macho. faiz a.k.a wak,asal gitu? 
 actually, malam tu, fiezah, kak pah, aina, sofia, ira and sarah join budak laki.. kahkah.. sebab? sebab pempuan lain berjoli habiskan duit dengan cikgu shah.. kitaorang lek2 je.. benda yang berbayar tu tengok jelah.. cuma amik angin and jalan2 tengok scenery..

geng laki.

geng pempuan ft izzat.

sedarkah anda bahawa time ni cheq sedang call ummi.. hahah..

haha.. ada kedai.. tapau roti pastu, suruh epul a.k.a nenek bayar.. sebab tuhari dia janji nak belanja. pastu x belanja2. pastu, nilah time cheq nak tapau duit dia.. hahah.. thanks nenek. tu pun lepas merayu bagai kat dia... puihh!! hahha

Balik dalam pukul 12 something kot. Pastu, tengok tv sat. pastu, tido.

Third day.
Memang malam tu niat nak bangun sahur. Pastu, roti yang nenek belanja tu dah ready kat sebelah bantal. Hahah. Takut punya pasal nak bangun sorang2. Last2, iqah kejut. “wei. Miratul. Ko x sahur ea?” “eh? Pukul berapa ni?” “7” mmmm… memang x sahur lah haku.. memasing bangun. Subuh gajah. Iqah habaq kat kitaorang, budak laki siap boleh mandi kolam lagi pepagi tu. Pastu, siap datang apartment kitaorang berjemaah sebab nak amik i-pod ayiep. Rupa2nya, i-pod dia pada kinah. Kinah pula duduk kat apartment lagi satu. Alah. Atas apartment kitaorang je. 

kau tau, diaorang ketuk apartment kitaorang macam nak roboh. pastu, bawa semua budak laki. perghhh!!

Dah siap2, kemas2 sebab nak check out. Pastu, pi ketuk apartment cikgu amir, depan apartment weolls. Then, dia suruh turun dulu bagai. Pastu, pi apartment perempuan yang lagi satu. Diaorang lagi hampeh. Baru bangun. Pastu, baru 2 orang kot yang mandi.  Dah lah diaorang ramai. Yang kitaorang dah siap. Then, siap bergambar bagai. Pastu, letak barang2 semua dekat lobby.

Diaorang pi breakfast. Cheq tido kat lobby sambil jaga barang2 diaorang. Yang lain semua ajak makan. Cakap x yah puasalah apalah. Huarghhhh!!! X apa.. wa boleh bertahan..  lama juga nak tunggu diaorang breakfast. Fiezah dah banyak kali bangun. Banyak kali tido. Pun x siap2. Last2 around 10 something kot, baru check out.


Bertolak to MSU. Sampai je weolls disambut oleh one of the lecturer kat situ. Then, bergambar bagai. Pastu, pi dewan taklimat. Ingatkan weolls je. Rupanya, ada lagi 1 buah sekolah join. Diaorang masuk je, memasing dok cakap.. especially tony lah.. cheq pun x tau pasal apa dia tiba2 jadi macam tu.. sebab sebelum ni, tegur pun dak. Cheq masuk kelas dia time kelas akaun je. Lek je.. x ada ar extream sangat sampai gitu.. “wuuu… set2 miratul lah ni..” apa lagi. Ambik kau jelingan padu aku.. hahah.. pasai pa diaorang kata tu set2 fiezah? Sebab diaorang semua pakai tudung labuh2 kak hoyy.. nak nanis cheq kat situ.. padahal time pi JOL tu cheq pakai tudung x labuh mana pung..
Taklimat bagai.. pastu, memasing dah gelabah.. hah? Kena jalan dengan diaorang ka? Apa ka? Last2, kitaorang2 je.. diaorang punya sekolah je yang dibagikan kumpulan.. ok lah kan?



Then, pi tempat culinary.. tempat masak2 lah kan? Ada dapur panas lah. Dapur sejuk lah. Apalah.. macam2 ok? Dapur westernlah.. ok.. banyak sangat kalau nak habaq. 


Then, pi bilik mayat.. omjeeeeeee… x perlah.. pengalaman.. kuatkan semangat.. padahal takut time tu.. baca ayat kursi bagai.. hahah…. Kelakar kau! Masuk2 terpampang mayat dah kena siat kulit. So, memang nampak otot je.. semua ni dah di awet.  Pastu, yang kena belah bagai.. ya allah.. so, memang nampak semua benda.. btw, MSU x akan amik mayat orang ISLAM. Biasa diaorang akan amik non-muslimlah. Then, pi bilik sebelahnya pula. 2 orang mayat sedang diawet. Hah!! Time ni memang mata semua orang akan pedih. Sebab dari bahan awet tu sendiri. Then, keluar, terpaksa naik tangga. Ramai hoy lif. Dahlah lif ada 2 je.

Round punya round. Not all lah.. giler ke kau nak round semua. Banyak hoy.. dahlah bertingkat-tingkat.


 haziq behave ziq.. aku report kat ee kang.. opss. bocor rahsia. hahah..


 peta dunia


Tempat yang memang cheq nak pi sangat…. OPTOMETRY. Please capslock lagi.. OPTOMETRY.. hahah.. masuk2 tempat belaja. Pastu, ada klinik mata. Siap tempat pemeriksaan mata. Pastu ada lab. Pastu, ada tempat buat contact lens.. ya allah.. my ambition.. nak nanis weyh.. apak best. Siap jumpa optometrist betui.. hahah.. ya allah.. pastu, depan bilik optometry tu, tempat buat ubat pulak. Best hoy.






Then, pi galeri bahan2 di awet.. ala2 muzium gitu hah. Ada bayi yang diawet, Cancer and so on. Then, pi makan.. emmm.. macam biasa, tengok je diaorang makan… hahah… then, pi solat. Perghh!! Nak cari surau pempuan punyalah… rupa2nya, atas surau laki je. Kuangasam betui.. hahah.. dah solat tu, lepak2 sat.. penuh hoy surau..


dah solat tu, turun.. sekali terjumpa kak qis.. amaijee.. kak qis.. kuruih dah. Makin cun.. hah.. kak qis ni senior kitaorang time form 4. Garang gler kot.. tapi sebenarnya parangai gler2 jugak.. ahhah.. then, dia cite sikit pasai course yang dia amik tu. Dia habaq foundation 14k. tapi sem 1 free kot. Apatah.. x ingat dah. Then, sem 2 baru bayar 7k. if I not wronglah.. then, dia nak amik medic.. ow. Ok. Mummy dah panggil suruh berkumpul kat bawah.  

Tiba2 mummy panggil fiezah. Await pulak dah kan?

“amira, awak puasa kan? Ada makanan x buat buka nanti?”

“ haah, mummy.. ada..  kenapa?”

 “larat lagi ke? Panas2 ni. Nah!! Mummy belikan untuk awak. Buat buka nanti. Jangan makan sekarang pula”

 “ heheh.. ok.mummy terima kasih.. buat susah je.”

 Pfftt. Mummy is kaunselor yang sangat baik.. bukan ayat bodek tau. Ikhlas ni.. hahah.. 


dekat pukul 3 jugalah kami bertolak pulang ke maktab. petang tu, singgah kejap kat R&R machap. so, buka puasa kat situ je. yang depa pi makan sana. cheq and izzah pi surau. buka makan roti nenek yang kononnya nak buat sahur tu hah. hahha.. then, solat. main kat playground sat. kanak2 sangat.. sebab tunggu dieorang x siap lagi. then, balik maktab. sampai je maktab, diaorang baru start nak prep. hampeh betul. homework menimbun. masuk kelas kejap nak amik homework. sekali kena bash.. hahaha.. dah lah dalam kelas tu, fiezah sorang je yang pergi.. actually, fiezah, mail, syakim, aidi yang terpilih. i dont know why i sorang je pempuan. then, budak2 rc x boleh pi sebab projek diaorang x siap lagi. then, pentafsir nak datang. so, budak 3 orang tu memang x boleh pi. so, fiezah sorang yang pi.. ahha.. balik2 kena kecam. anti-JOL lah. apalah. 

tup2, tempat duduk berubah.. perghh!! hampa tau cheq duduk sebelah sapa? adoyh.. payah nak habaq ni. semua x nak duduk dengan dia. pastu, time tu cheq je yang x ada. last2, diaorang pi letak meja cheq tu sebelah dia.. ya allah. u know how feel i am? redha jelah.. kalau fiezah ada time susun meja tu, memang fiezah bantah sekeras-kerasnya lah kan?

im so sorry..... fiezah ni jenis memang susah nak benci orang. tapi bila dah x suka kat orang tu, cheq memang x suka. dah try maafkan, tapi x leh jugak.. supaya hati cheq jadi lagi lembut selembut sutera. amin.. hah! nak dengar suara dia apatah gelak tawanya, memang telinga cheq berdesing. sama macam cheq dengar orang mencarut.. fiezah pun x tau lah await gitu.. lumrah kot.. ceyh!!!

balik dari kelas tu, terus masuk bilik. kemas2. nasib bilik fiezah yang pergi dua orang. kalau fiezah sorang2, memang x masuk bilik kot. dok teringat bayang mayat tenggelam masa awet tu. mayat yang dah disiat tu. mmm.. memang dok terbayang.. pulak2 masa tu, asrama tengah banyak cerita pasal benda2 tu. memang ah.. nasib ada kak pah. pastu, makan. pastu, tido. x ingat dunia dah.

-THE END-
gambar credit to kamera cikgu shah.
photographer : infinity. camera sentiasa berubah tangan.

salam sayang,
NURAMIRATUL HAFIZAH BINTI JURIME :)

No comments: